Assalamualaikum semua.. maaf sbb lama x berkingsi cerita… jadi pada hari ini… kisah berkenaan ibubapa kita sendiri…. Tadi kol bonda bertanyakan khabar, Tiba-tiba bonda kata, ” kenapa lama tak kol ? ” Erh. Tersentak saya. Saya pun refresh ingatan balik. Kelmarin ada kol, semalam ada kol, hari ini saja TER lewat kol. Dengan nada rendah, saya pun kata, ” Laa kan kakak kol sehari sekali.” Tiba-tiba sunyi. Nothing can be heard. Bonda diam, saya pun diam. Selang beberapa minit, saya dengar esakan mak di hujung talian. ” mak. . Oh mak. ” Saya panggil perlahan. Diam. Tiada jawapan. ” mak, kakak salah cakap ke ? ” Semakin jelas kedengaran esakan itu. Ya Allah. . ” Tiap hari mak tengok hp, bila lah masuk panggilan dari anak sulung mak ni. Ayah kamu tu tiap pagi tanya, kakak ada kol ke ? Tengah hari tanya kakak ada kol ke ? Petang tanya kakak ada kol ke ? Malam tanya kakak ada kol ke ? Kalau kakak dah kol pagi, mak dan ayah mesti sunyi sebab malam dah tiada kol. Kalau kakak kol malam paginya mesti mak termenung tengok hp bila lagi kakak telefon. Untuk kakak sehari mungkin sudah cukup buat mendengar suara mak ayah, tapi untuk mak ayah sehari sekali dengar suara zuriatnya dia tak puas. ” Ya Allah. Dada tiba-tiba rasa sakit. Air mata laju turun pipi. ” mak. . Kakak sibuk persediaan exam. ” ” mak tau. Ayah pun tau. Kami selalu doakan kakak. Nanti ada anak sendiri, kakak faham lah kenapa mak menangis, Kenapa ayah asyik bertanyakan kakak. Mak dan ayah tiap hari cerita tentang kakak, terfikir kakak sudah makan ke ? Makan apa ? Belajar sungguh-sungguh tidak ? Solat macam mana ? Orang tua mana yang lena tidurnya memikirkan perjuangan anaknya di tempat orang ?” Ya Allah. . Terasa ditikam-tikam. Air mata kini seperti air hujan yang lebat. Hati mana yang tidak tersentuh mendengar bicara yang keluar dari insan yang melahirkannya ? Kuatkan aku ya Allah. Saya tarik nafas panjang. ” mak maafkan kakak. Kakak sibuk manapun akan usahakan kol banyak kali. Doakan exam kakak, doakan kakak cemerlang dunia akhirat. Redhakan perjuangan kakak. ” ” mak. . Mak. .” Putus-putus bicara mak. Sebaknya ya Allah. ” mak rindukan kakak. Mak doakan kakak. ” Ya Allah. Saya tertanya, bagaimana pula dengan anak-anak di luar sana yang hanya menghubungi mak seminggu sekali ? Atau sebulan sekali ? Hatta si anak memberi alasan, ” mak ayah aku ok. ” No. Mak ayah adalah insan yang penipu. Mereka kata mereka ada duit, tapi sebenarnya tiada. Mereka kata mereka sihat, tapi sebenarnya mereka sakit, mereka kata mereka dah makan, tapi sebenarnya belum pun sesuap nasi mereka hadam, mereka kata mereka baik-baik, tapi sebenanya mereka letih melayan kehendak adik beradik yang lain. Aku tanya kau, Tak kesian ke ? Tisu mana tisu ? Siapa nangis???

Pernah tak, ada dalam situasi ni?? = Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam…ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar.. = Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri.. = Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu.. = Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja… = Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan.. = Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja.. Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah…itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama…tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah… Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu…tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong…sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini… Persoalannya BILA???? Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit…ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita “mampu”…dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka.. »renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri “sendiri” dan mereka yang saya sayang…(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka) muhasabah diriiii…

cerita CINTA aku, kau , kita dan mereka (baca,hayati dan kongsi)

anayilzaf

aku dan kau.kita.. ya,aku berbicara tentang kita..bukan cerita cinta yang menjemput khayalan tetapi cerita cinta pada dunia yang dilupakan.. kau dan aku,kita sama,kau merungut tika lapar, kau mengadu jika x selesa, kau lantang bersuara jika dicerca. maaf,bukan kau. tapi kita. ya, kita sering mengadu terbebannya dek dunia.letihnya hidup kerana cita, lelahnya untuk terus jaga.. jika itu bukan kau, ini bukan cerita kita..tapi benarkah kau bukan sebahagian dari kita?..kau pasti? kerana aku sedar kadang kita terlalu leka dengan dunia .kita leka dengan kurniaan yang kita ada. kita nikmatinya tanpa dikongsi.. kongsi? kenapa perlu kongsi.? rezeki aku,milik aku,bukan dia atau sesiapa..! iya kan, kenapa perlu kongsi? ..kita bongkak, bakhil dan pentingkan diri.. benar? jika kau nafi,aku mahu tanya, bukan pada kau saja, pada aku juga. sepanjang nafas yang dikurnia pencipta, wujudkah simpati pada mereka? selama masih berdetik masa adakah kenal sengsaranya mereka?selera kita dipenuhi,adakah mereka sama? warna pelangi kadang kita nikmati namun…

View original post 478 more words

Mampukah Kita Mengecapi Kebahgiaan??

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampuikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.

Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Dah boleh redha? Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

Penutup: Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.